Explore More
MILDEF

Tarantula, Rentaka Jadi Tumpuan Pengunjung di Malaysia Autoshow 2024

Posting

Kemunculan Tarantula, Rentaka curi tumpuan penganjung Malaysia Autoshow 2024

MILDEF International Technologies (Mildef) membawa dua kenderaan perisai buatan anak tempatan ke Malaysia Autoshow 2024 untuk membolehkan pengunjung melihatnya secara dekat.

Dua kenderaan itu berperisai ialah HMAV Tarantula dan kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) Rentaka yang ditempatkan di bawah Dewan D (lot parkir) di MAEPS, Serdang di Selangor.

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang melihat Tarantula dan Rentaka secara dekat dan mengajukan pelbagai soalan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kenderaan berperisai itu.

Berdasarkan maklumat, ini adalah kali pertama Mildef menyertai acara tersebut di MAEPS selepas menerima jemputan daripada penganjur Malaysia Autoshow 2024 iaitu Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii).

Pengarah Urusan Mildef, Datuk Seri Mohd. Nizam Kasa berkata:

Kenderaan Tarantula yang dipamerkan adalah varian awal manakala yang terkini telah dibuat pengubahsuaian mengikut spesifikasi dan keperluan Tentera Darat.

“Tarantula dikendalikan tiga kru yang boleh membawa penumpang atau anggota tentera dengan laluan keluar masuk melalui pintu sisi dan belakang kenderaan.”

Mengulas lanjut, beliau menyatakan Tarantula sudah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Berhubung HMLTV Rentaka, Mohd. Nizam menjelaskan kenderaan itu memiliki saiz yang kecil sedikit dengan tahap perlindungan agak ringan jika dibandingkan Tarantula. Rentaka juga sudah melepasi ujian mobiliti, ujian tembakan dan ujian tahap perlindungan.