Explore More
MILDEF

Kemunculan Tarantula, Rentaka curi tumpuan penganjung Malaysia Autoshow 2024

Posting

Kemunculan Tarantula, Rentaka curi tumpuan penganjung Malaysia Autoshow 2024

Kemunculan kenderaan perisai buatan tempatan, TARANTULA bersama RENTAKA mencuri tumpuan pengunjung dan ianya memberi kelainan pada pameran Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Paling menjadi tumpuan adalah reruai Mildef International Technologies Sdn. Bhd. (Mildef).

Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada pengunjung terutama peminat automotif untuk mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan oleh syarikat tempatan itu.

TARANTULA merupakan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) manakala RENTAKA pula adalah dari segmen kenderaan taktikal Armoured Personnel Carrier Multiple Capabilities (APCMC).