Kemunculan kenderaan perisai buatan tempatan, TARANTULA bersama RENTAKA mencuri tumpuan pengunjung dan ianya memberi kelainan pada pameran Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Kuala Lumpur: Ribuan pengunjung pameran Malaysia Autoshow 2024 teruja apabila dapat melihat lebih dekat kenderaan perisai buatan syarikat tempatan, Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef).