Explore More
MILDEF

ADAS 2024: Kenderaan taktikal buatan syarikat Malaysia curi tumpuan

Posting

KENDERAAN Taktikal Ringan Mobiliti Tinggi (HMLTV) buatan syarikat Malaysia telah diperkenalkan dalam pameran Asian Defense and Security (ADAS) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Metro Manila, Filipina pada 25 hingga 27 September lalu.

Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) dalam satu kenyataan berkata, keupayaan serba guna HMLTV telah menarik perhatian delegasi yang terdiri daripada wakil-wakil tentera, pasukan keselamatan dan agensi kerajaan dari seluruh dunia.