Explore More
MILDEF

Pemain industri pertahanan perlu tonjol keupayaan, inovasi pada DSA

Posting

Pemain industri pertahanan perlu tonjol keupayaan, inovasi pada DSA

KUALA LUMPUR – Semua pemain industri pertahanan tempatan disaran untuk memanfaatkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 sebagai platform untuk mengetengahkan keupayaan dan inovasi diperingkat global.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, DSA dan NATSEC adalah platfrom yang sesuai bagi pemain industri tempatan menunjukkan kepakaran mereka diperingkat antarabangsa.

Malah katanya, melalui pameran ini juga pemain industri dapat berkongsi kepakaran dan idea dengan pemain industri global.

“Saya menyeru semua peserta untuk bersama-sama berkongsi ilmu, untuk berinovasi, bertukar-tukar teknologi dan idea baharu dan menjalin perkongsian.

“Saya percaya bahawa acara dan sesi perbincangan selama tiga hari ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif dan ke arah masa depan yang terjamin untuk kita dan generasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian DSA dan NATSEC Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini disertai oleh 1,324 syarikat pertahanan dan keselamatan membabitkan 60 negara di dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

Antara syarikat gergasi dunia yang menyertai pameran selama empat hari itu adalah Airbus Group, BAE System, Beretta Defence Techonologies (BDT), EDGE, Leonardo, MBDA dan Sarsilmaz Silah Sanayi (Turkish Industry Association).

Penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services dan Mindmatics. – KOSMO! ONLINE

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *